Hak Milik & Hakcipta Lakaran Grafik
Terma ringkas & telus berkenaan pemilikan rekaan, salinan design, serta pilihan untuk pemindahan hak milik. Disusun untuk memastikan kerjasama yang adil dan profesional.
Hak Milik Mutlak
Semua rekaan grafik (percuma atau berbayar) adalah hak milik mutlak Master Printing Studio Industri (MPSi) melainkan dinyatakan sebaliknya secara bertulis.
Bayaran Design & Cetak
Bayaran pelanggan meliputi servis design & cetakan. Hak cipta & hak milik fail asal kekal milik MPSi sehingga dipindahkan melalui proses rasmi.
Permohonan Salinan & Hak Milik
Pelanggan boleh memohon salinan design + pemindahan hak milik dengan bayaran RM1,000.00 dibayar terus ke akaun syarikat.
Fi Pemindahan Hak: RM1,000.00Prosedur Permohonan
- Hantar permohonan bertulis kepada pihak MPSi (nama projek, tarikh, kod pesanan jika ada).
- Terima sebut harga & invois rasmi untuk fi pemindahan.
- Proses pemindahan bermula selepas bayaran disahkan.
- Pelanggan akan menerima pengesahan bertulis serta fail design yang berkaitan.
Hak Milik Selepas Bayaran
Selepas fi pemindahan dilunaskan, hak milik & hak cipta penuh untuk lakaran grafik yang dinyatakan akan dipindahkan kepada pelanggan. Pelanggan memiliki hak mutlak untuk guna, ubah suai, dan edar.
Pengecualian Hak Milik Percuma
Jika rekaan diberikan secara percuma, hak milik & hak cipta tetap menjadi milik MPSi. Kebenaran penggunaan komersial boleh diberi mengikut kes dengan kebenaran bertulis.
Penggunaan Komersial & Peraturan Hak Cipta
Pelanggan dibenarkan menggunakan rekaan grafik untuk kegunaan peribadi atau perniagaan berkaitan lakaran grafik. Walau bagaimanapun, pengedaran, jualan semula, atau pemberian fail kepada pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis adalah dilarang.
- Sentiasa hormati hak milik intelektual MPSi.
- Rujuk pasukan kami untuk lesen tambahan (jika perlu).
- Semua terma tertakluk pada pindaan munasabah oleh MPSi.
Soalan Lazim
Perlukan pemindahan hak cipta?
Hubungi pasukan kami untuk proses pemindahan hak milik rekaan grafik anda.