Static Cling Window Sticker
Static Cling Sticker — material plastik nipis yang melekat kat permukaan licin macam cermin, acrylic, atau tile guna elektrik statik. Takde adhesive. Senang pasang, senang cabut, takde kesan melekit langsung. Boleh guna semula banyak kali!
□ Static Cling vs Sticker Biasa
| Ciri | Static Cling | Sticker Vinyl Biasa |
|---|---|---|
| Gam | Tiada | Ada |
| Kesan lepas cabut | 0% | Kadang tinggal gam |
| Guna semula | Boleh | Tak boleh |
| Pasang | Kena basah sikit untuk licin | Terus tampal |
| Tahan outdoor | Tak sesuai, mudah tertanggal | Tahan hujan panas |
Kesimpulan: Untuk indoor & promosi jangka pendek 1-6 bulan, static cling paling win!
□ 3 Jenis Print Direction – Jangan Salah Pilih!
Face Out View
Design menghadap keluar. Tampal dari dalam cermin, orang kat luar nampak. Sesuai untuk promosi kedai, decal kereta.
Face In View
Design menghadap dalam. Tampal dari dalam cermin, untuk orang dalam kedai nampak. Contoh: waktu operasi, QR menu.
Both Side View
Print depan belakang. Luar nampak, dalam pun nampak. Guna 4C + White Base + 4C. Kos mahal sikit tapi 2-in-1.
□ Saiz & Material
Saiz: Minimum 50x65mm (kad bisnes) | Maksimum 310x450mm (A3).
Material: Static Cling khas, nipis & fleksibel. Warna print 4C + White Base wajib kerana material lutsinar.
□ Variable Data Printing (VDP)
Boleh buat sticker bersiri dalam 1 order. Pilihan VDP - Max 6 VDP:
a) Numbering je: 001, 002, 003...
b) Numbering + Text: Lot A-001, Lot A-002...
c) Text sahaja: Nama staff berlainan setiap sticker
Syarat: At least 1 numbering required. Proses VDP: +2 hari dari normal order.
⏱️ Kuantiti & Tempoh Siap
| Kuantiti | Normal Order | VDP Finishing |
|---|---|---|
| 10 - 500 pcs | 1 hari | 3 hari |
| 600 - 5,000 pcs | 2 hari | 4 hari |
MOQ 10 pcs je – sesuai untuk SME & testing. Cut-off time 4-6pm.
□ Pricelist Static Cling Window Sticker
Harga dalam RM (termasuk percetakan)| Saiz (mm) | Cetakan | Kuantiti | Harga (RM) | Order |
|---|
Klik butang ORDER untuk menghantar butiran terus ke WhatsApp +601155059363
□ Tips Pasang Static Cling Kemas
- □ Bersihkan cermin dulu – habuk 1 titik pun boleh buat bubble
- □ Spray air sabun sikit kat cermin & belakang sticker – bagi licin untuk ejas
- □ Tampal & tolak air keluar guna kad/kain – dari tengah ke tepi
- ⏳ Biar kering 2-3 jam sebelum usik – dah kering dia grip kuat
- □ Nak simpan: Kopek, letak balik atas backing paper asal, simpan tempat rata
Bila Nak Guna Static Cling?
- ✅ Window decor kedai – Promosi Raya, Merdeka, Year End Sale
- ✅ Operating hours – Tampal kat pintu kaca, tukar anytime
- ✅ Car sticker – Roadtax holder, parking pass, P plate sementara
- ✅ Promosi dalam mall – Management mall tak bagi sticker bergam
- ✅ Office glass partition – Label meeting room, nama department