Banyak pelangan yang menempah, banyaklah ragam yang kami terima di Master Printing Studio. Namun ianya memberi kami pengalaman yang kami rumuskan melalui pengalaman untuk membantu anda membuat design name card anda dengan lebih profesional dan menarik. PENGGUNAAN WARNA Anda harus mempunyai WARNA TEMA dalam perniagaan anda. Warna yang sama pada setiap bahan iklan dan promosi anda akan memudahkan pelangan mengingati perniagaan anda. Jangan guna terlalu banyak warna kalau bisnes anda buka dalam kategori seni atau grafik. Sesuaikan warna perniagaan dengan warna yang membawa identiti. Contoh warna oren dan kuning lebih sesuai untuk produk jenis rempah, pes dan makanan berbanding anda menggunakan warna ungu,pink atau hijau untuk produk rempah. PENGGUNAAN FONT Jangan mengikut perasaan untuk menggunakan tulisan sambung yang akan menyusahkan pelangan anda membaca maklumat pada name card anda. Gunakan font yang sekata dan tidak terlalu BOLD yang pada niat anda untuk lebih "highlight" tetapi sebenarnya akan nampak tidak kemas. Dicadangkan font premium dan size font adalah 8 hingga 9 sahaja. TEKNOLOGI TERKINI DALAM NAME CARD Untuk menambah daya tarik kepada bisnes kad anda, Penggunaan QR CODE atau Linktree adalah ambik disarankan kepada para pelangan. QR Code merupakan satu teknologi yang banyak digunakan oleh rakyat Malaysia sejak wujudkan "System MySejahtera" Dengan penggunaan QR CODE atau Linktree name card anda akan tampak lebih PREMIUM dan HIGHCLASS. Ini contoh name card yang kami gunakan di Master Printing Studio.
0 Comments
Leave a Reply. |
Details
Archives
August 2023
Categories |